Imploded house.

Pada waktu itu, kami sekeluarga (ayah, ibu, adik Mira, seorang kawan, seorang budak sepupu entah siapa dan suami), kami dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Naik Myvi merah. Kemudian kami singgah di sebuah bangunan flat usang di KL. Bangunan itu macam ada banyak bilik sewa kecil kecil. Maybe masa tu untuk rehat pada malam tersebut lah sbb dah terlalu dinihari. Waktu itu, entah macam mana, kawanku itu baru habis marathon so dia sangat tired sampai nak buka 100plus pun tak larat. Aku yang kena tolong kupilkan tin itu dan letakkan makanan dalam pinggan dia. Dan dengan matanya yang layu, dan wajahnya yang kepenatan, dia berterima kasih padaku, dan kami tengok tv sama sama (tiba-tiba kan).

All of sudden, ayah macam nak takut - takut kan kitorang semua. Dia cakap, "cuba tengok tu, macam ada asap la dekat dalam rumah ni. Siapa yang hisap rokok.. Haaa, rumah ni mana ada orang". And aku melihat keluar tingkap, memang ternampak asap berkepul kepul, tapi ternyata, ianya dari luar rumah. So, aku membalas "itu asap dari luar kilang laa. Cuba tengok!" sambil menunjuk ke arah luar balkoni.

Kemudian kami semua (kecuali suami) pergi meluru ke arah balkoni dan hanya memandang ke arah asap - asap tersebut. Nak dijadikan nightmare, tiba - tiba asap tersebut bertukar menjadi hitam, berkepul - kepul dengan lebih banyak, dan sumbernya datang dari sebuat rumah apartment. Tiba - tiba terdengar bunyi letupan letupan sikit. Rupa - rupanya rumah tersebut sedang implode. Bangunan dia tengah nak runtuh. Batu - batu melantun, dan disebabkan rumah tersebut tak berapa jauh dari balkoni kami, ada batu yang almost terkena kami. Aku dengan segera mengeluarkan phone untuk rakam kejadian ni. Di samping itu, minta orang call 911. At the same time aku jerit, "sepupu, kawan, jangan rapat sangat, nanti kena batu". Tapi sbb kawan aku tu penat sangat sampai blur, aku adelah beberapa kali selamatkan dia dari batu - batu tersebut dengan menghalang badanku depan dia. Terdengar jeritan dari rumah yg sedang implode tu. Sayu bunyinya. Kami tergamam melihat bencana yang terjadi depan mata. Then, bila dah sekelip mata bangunan tu roboh, keadaan jadi huru hara. Ayah terus turun nak tolong mangsa - mangsa kat bawah. Tiba - tiba husband macam baru keluar dari bilik sebelah and blur. Aku tanya, "Nampka tak apa jadi?". Dia cakap, "nampak."

Then tiba - tiba je aku dah ade kat bawah, menuju ke arah kereta Myvi kami. Aku bertanya kepada orang yang lalu lalang "ibu ayah mana?" Then dorang cakap dah dalam kereta Myvi. So aku bergegas ke kereta kerana dikejar hyena (tiba - tiba) lagi. Jalan jammed gila.

Esoknya keluar surat khabar yang rumah itu sebenarnya projek Rumah W1P. And contractor yang salah buat rumah tak kukuh and stuff.

And it's all real until I woke up. This is a nightmare that looks like real! Anyone had this before? Bila bangun pun masih terasa takut, cuak dan terfikir fikir, and blur, what happened just now?

No comments:

Post a Comment